Pelawak Fad (Bocey) dan isteri tersayang Nur Syahirah baru sahaja selesai melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka pada Sabtu.
Majlis tersebut berlangsung di Casa Heliconia, Kuala Lumpur dan dihdiri oleh rakan artis, keluarga dan rakan-rakan.
Bagaimanapun, melalui sekeping foto yang dimuat naik oleh Nur Syahirah seakan-akan menunjukkan dia berasa tidak sihat sewaktu majlis hampir tamat.
Lebih-lebih lagi apabila Syahirah atau lebih mesra dengan panggilan Syeera ini disahkan hamil empat minggu.
Foto tersebut menyebabkan ramai peminat risau akan keadaan isteri kepada pelawak tersebut.
Namun, melalui kapsyen foto itu Syeera menjelaskan dia kini berada dalam keadaan yang baik dan berterima kasih kepada pengikut Instagram yang mendoakan kesejahteraannya.
Syeera telah memuat naik foto bertulis ‘I am okay’ beserta kapsyen berbunyi:
“Selamat pagi ✌️ .first nak ucap terima kasih kepada semua tetamu yg hadir .walaupun majlis kami tk seberapa tapi sangat meriah dgn kehadiran semua.Terima kasih buat family sy yg banyak membantu dan family suami sy yg brtungkus lumus tolong kami selesaikan kerja di saat saat akhir.
“Mohon maaf atas apa yg jadi semalam .mungkin sebab terlampau letih .jujur sy frust jdi mcm tu .spttnya majlis tu diakhiri dgn suasana yg elok tpi sebaliknya yg jdi .
“Utk yg bertanya ,saya dah sihat sekarang lepas drip air .Alhamdulillah kuat balik mcm selalu .doakan rumahtangga kami hingga ke akhir hayat. Amin. Terima kasih sekali lgi buat semua yg membantu dan yg hadir ke majlis kami .love ,Syaheera.” tulisnya.
Disebabkan kapsyen tersebut, ramai peminat membuat andaian Syeera berkemungkinan pengsan akibat terlalu penat dan tidak cukup rehat.
Ruangan komen di Instagram Syeera dipenuhi dengan kata-kata semangat dan doa supaya dirinya kembali pulih seperti sediakala.
Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Nur Syahirah telah bernikah pada 14 Mac lalu.
0 Response to "PUNCA SEBENAR ISTERI FAD BOCEY PENGSAN KETIKA BERSANDING "
Post a Comment